Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat
terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal
dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga
boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.
Buah ini berwarna oren kekuningan, merah
ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang
kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang
perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk
badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
Fakta Nutrisi Buah
Delima
Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat
dalam buah delima:
·
Buah
delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti
oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
·
Buah
delima mempunyai Kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml
mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
·
Selain
itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi,
dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima
mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses
protein, karbohidrat dan lemak.
·
Buah
delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan
struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengekalkan
fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
·
Buah
delima juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi
yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat
sedikit.
·
Buah
ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji
(kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
·
Biji tersebut
mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan
karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.
Kebaikan dan Khasiat Buah Delima dalam penjagaan kesihatan
Buah delima sudah digunakan dalam bidang
perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan
sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima mengandungi anti oksida
seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic
acids, dan flavanoids seperti quercetin yang
mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung,
osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.
Khasiat Dari Sudut
Kecantikan
Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan
dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan
semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran
darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah delima juga memainkan
peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana
bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada
sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah
dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada
radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima
mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda
daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis
muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak
kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb
melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan
kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam
produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk
ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi punicic acid, satu
bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak
dan berjerawat juga.
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan
perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini
juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green
papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan
2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam
dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh
menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas
memberikan anda rambut yang sihat.
Khasiat dari sudut kesihatan
Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang
tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang
mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran
darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan
masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu
punca utama masalah jantung.
Dengan pengambilan jus buah delima boleh
mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL),
yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko
masalah kardiovaskular (jantung).
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang
mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser
payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan
untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan
sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan
badan lebih baik.
Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis,
satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas
jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser
prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang
memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan
enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan
melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat
sembelit.
Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1
sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak
yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum
segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk
makan.
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan
disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai
kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam
darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana
merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan
mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk
melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh
disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin
juga kerana merokok.
Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima
mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan
membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat
sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia
tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain.
Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit
kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari
selama 2 minggu.
Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan
darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah
bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh
mengelakkan perbentukan gumpalan darah.
Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah
delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual
komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat
anti plak yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh
mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak
84%.
Khasiat Tambahan Kepada Lelaki
Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara
berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis.
Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko
penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan
buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan
pesakit kanser prostat.
Khasiat Tambahan Kepada Perempuan
Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik,
potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini
boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan
bayi.
Sifat buah delima yang anti inflamasi
mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain
itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan
semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang
mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh
mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita
yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke
janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan
ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu
dara.
Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah
ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah melakukan kajian terhadap
buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu
daripadanya.
1. Kanser Prostat
Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa
meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser
prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti,
terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian
tambahan untuk menyokong penemuan ini.
2. Arteri yang
sempit (Carotid Artery Stenosis)
Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang
pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima
setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada
arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.
3. Masalah Jantung
Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45
pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima
selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka
semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.
4 Peringatan Tentang
Pengamalan Buah Delima
Sebelum anda mengamalkan pemakanan buah
delima, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara kerana buah ini boleh
memberikan kesan yang negatif sekiranya anda tidak mengikut senarai di bawah:
1. Jus delima tidak digalakkan diambil
oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit
yang berkaitan.
2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh
merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya anda sedang mengambil
ubat tekanan darah dari doktor anda, anda tidak digalakkan untuk
meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan anda
mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).
3. Orang yang mempunyai alahan pada
sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini.
Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.
4. Buah delima boleh mengganggu kesan
beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.
Kesimpulan
Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan
daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima
setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang
untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.
Sekiranya
anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah
delima dalam menu pemakanan harian anda.